Rabu, 26 September 2012

gosiip selebritis

Nuffnang Ads

Laman Bergosip

Saturday, September 8, 2012

Home »  ,  » Gosip, fitnah lumrah kehidupan selebriti

Gosip, fitnah lumrah kehidupan selebriti

Gosip, fitnah dan kontroversi. Itulah lumrah dalam kehidupan selebriti. Sebanyak mana populariti mereka, sebanyak itulah gosip dan kontroversi akan mengekori mereka.

Fouziah Gous, 30, bukanlah nama baru yang perlu diperkenalkan. Meskipun belum pernah meraih gelaran pelakon popular mahupun yang terbaik, namun bakatnya bukan calang-calang dalam industri.

Sudah membintangi puluhan drama dan filem, aktres yang terkenal dengan rambut cantik mengurai ini juga tidak dapat lari dari gosip dan kontroversi. Hampir 10 tahun berkecimpung sebagai anak seni, Fouziah kini sudah semakin kalis dengan sebarang gosip yang menimpa dirinya. Namun, tipulah sekiranya jauh di sudut hatinya tidak rasa terkilan mahupun kesal dengan dugaan yang melanda dirinya.

"Saya anggap ini semua 'permainan' dalam industri. Saya tidak kisah media menulis berita mengenai saya, Tetapi biarlah cerita itu datangnya dari mulut saya sendiri," tegas Fouziah.

Mula menyusun bicara, Fouziah berkata, dia kesal dengan penyebaran berita tentang perkahwinannya dengan VIP. Jelas Fouziah, berita itu disebarkan tanpa kesahihan dari dirinya sendiri.

"Saya tak pernah buat pengakuan mengenai hal ini. Memang saya ada mengenali seseorang, namun saya tak pernah dedahkan status sebenarnya.

"Bila berita ini tersebar, ia secara tidak langsung menjejaskan hubungan kami yang baru bermula. Saya juga tidak mahu peminat salah sangka mengenai diri saya.

"Secara jujurnya, saya bukannya jenis yang suka bersosial. Saya seorang yang suka duduk di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga. Terpulang pada persepsi masing-masing, tetapi inilah Fouziah Gous," katanya ketika dihubungi Zass.
Sumber : mStar

No comments:

Post a Comment

Terhangat Di Blog

Kata Peminat

Blog Archive

busuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar